Ghani, Nik Abdul Rahim Nik Abdul,(2017), Analisis Pemilikan Bermanfaat dalam Kewangan Islam Berdasarkan Kaedah Tarjih Bayn al-Asl wa al-Zahir. , ISLAMIYYAT, UNSPECIFIED
Text
Restricted to Repository staff only
Download (450kB)
Restricted to Repository staff only
Download (450kB)
Abstract
Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap tidak mengikut piawaian pemilikan dalam syariah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat dari perspektif undang-undang dan Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikian bermanfaat. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deduktif dan deskriptif untuk melakukan tarjih. Dapatan kajian ini menunjukkan pemilikan bermanfaaat diiktiraf sebagai pemilikan sebenar kerana Syariah membenarkan pemindahan pemilikan sebaik sahaja ijab dan qabul terlaksana. Kajian ini penting untuk menjadi panduan kepada institusi kewangan Islam dalam menstruktur produk yang patuh Syariah.
Keywords : | Pemilikan; kewangan Islam; tarjih; bermanfaat, UNSPECIFIED |
---|---|
Journal or Publication Title: | ISLAMIYYAT |
Volume: | 33 |
Number: | 2 |
Item Type: | Article |
Subjects: | Ekonomi Islam |
Depositing User: | Users 15 not found. |
Date Deposited: | 19 Dec 2019 02:42 |
Last Modified: | 19 Dec 2019 02:42 |
URI: | https://repofeb.undip.ac.id/id/eprint/353 |