Potensi Keterdedahan Risiko Syariah Syarikat Pengendali Takaful Terpilih di Malaysia

Yusof, Mohd Faiz Mohamed and Borhan, Joni Tamkin and Romli, Nurhanani,(2015), Potensi Keterdedahan Risiko Syariah Syarikat Pengendali Takaful Terpilih di Malaysia. , ISLAMIYYAT, UNSPECIFIED

[thumbnail of Potensi Keterdedahan Risiko Syariah Syarikat Pengendali Takaful Terpilih di Malaysia.pdf] Text
Restricted to Repository staff only

Download (574kB)

Abstract

Industri kewangan Islam mempunyai keunikan tersendiri berbanding industri kewangan konvensional. Keadaan ini berikutan industri kewangan Islam mempunyai keperluan terhadap pematuhan syariah, sekali gus mendedahkan industri kewangan Islam terhadap risiko yang dikenali sebagai risiko syariah. Industri pasaran modal Islam di peringkat global contohnya telah berhadapan dengan risiko syariah apabila pada penghujung tahun 2007, Sheikh Taqi Uthmani telah mengisytiharkan bahawa 85% sukuk yang berada di pasaran adalah tidak patuh syariah sekali gus menyebabkan penurunan terbitan sukuk pada tahun berikutnya. Dalam perbankan Islam di Malaysia pula terdapat pertikaian mengenai status patuh syariah kontrak Bay‘ Bithaman Ajil (BBA) sehingga terdapat kes-kes pertikaian yang dibawa ke mahkamah. Industri takaful di Malaysia turut terdedah kepada risiko syariah disebabkan keperluan pematuhan syariah dalam setiap operasi dan aktiviti Syarikat Pengendali Takaful (SPT). Justeru, kajian ini akan menjelaskan elemen-elemen utama yang menyebabkan risiko syariah dalam kewangan Islam. Kajian ini turut mengenal pasti potensi keterdedahan risiko syariah secara spesifik dalam SPT dengan menggunakan metodologi kualitatif berdasarkan data kajian daripada lima informan yang berpengalaman secara langsung dalam pematuhan syariah industri takaful. Kajian ini akan menganalisis data kualitatif menggunakan program berkomputer Altas.ti 7. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai potensi risiko syariah dan insiden risiko syariah yang pelbagai dalam SPT.
Keywords : Risiko syariah; elemen risiko syariah; potensi risiko syariah; syarikat pengendali takaful, UNSPECIFIED
Journal or Publication Title: ISLAMIYYAT
Volume: 37
Number: 2
Item Type: Article
Subjects: Ekonomi Islam
Depositing User: Users 15 not found.
Date Deposited: 27 Dec 2019 06:26
Last Modified: 27 Dec 2019 06:26
URI: https://repofeb.undip.ac.id/id/eprint/1045

Actions (login required)

View Item
View Item